Modal Permulaan & Kelengkapan

Modal Permulaan & Kelengkapan

1) Modal

Dalam apa pun perniagaan.Modal permulaan pasti ada.Sama juga untuk menjadi perunding hartanah.Tapi modalnya tak la setinggi perniagaan lain.Anda hanya perlukan Rm600 sahaja untuk hadir ke kursus perunding hartanah.

Selesai kursus boleh la anda terus daftar dengan agensi. Biasanya yuran yang dikenakan dalam lingkungan RM200 ke RM600 bergantung kepada agensi.Setiap agensi berlainan cara.Yuran yang tinggi kadang-kadang ada package yang menarik seperti training class untuk newbie, business card, banner, lanyard dan juga baju koporat

Selain itu anda perlu ada budget pemasaran.Ada beberapa pakej dan harga untuk budget pemasaran anda.Mungkin untuk permulaan anggaran dalam RM300-RM500 sudah memadai untuk bajet pemasaran.

Ada juga cara pemasaran yang percuma seperti Facebook, Instagram, Blogger

Sebelum memulakan karier sebagai perunding hartanah, anda perlu ada membuat simpanan sara hidup untuk beberapa bulan.Sementara nak menunggu anda dapat CLOSE SALE dan claim commission.Budget ni penting untuk 3-4 bulan yang pertama untuk anda bergerak.

Seawal anda menjadi perunding hartanah mungkin anda memerlukan sedikit masa untuk belajar selok belok dalam hartanah.Jika anda fokus pasti cepat anda belajar.

Kalau rezeki anda cepat dan dapat menjual dalam bulan kedua, sekurang-kurangnya anda memerlukan tempoh 2 bulan untuk mendapat komisen pertama anda dalam hartanah.Itu pun sekiranya tidak berlaku apa-apa sangkut dari pihak bank untuk permohonan loan klien anda.Yang penting anda perlu ada persedian diri sebelum menjadi perunding hartanah. 

Secara kasarnya, saya anggarkan anda perlu ada budget min RM5000 untuk permulaan.Saya rasa semua pun mampu.

2) Kelengkapan

Kelengkapan minimum yang anda mesti ada ialah:

  • Komputer atau laptop
  • Telefon bimbit
  • Kad bisnes
  • Banner
  • Pita ukur

Ni kelengkapan paling asas. Kad bisnes dan banner tu agency akan sediakan dan mungkin termasuk dalam kos pendaftaran. Jika tak cukup, kena ambil kira dalam bajet permulaan.

Leave a Reply