Cara Menjadi Perunding Hartanah

1) Hadir Kursus Perunding Hartanah

Kerjaya perunding hartanah ni ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.

Sebelum memulakan kerjaya, anda mesti daftar dan hadir ke kursus 2 hari perunding hartanah. Yang dikelolakan oleh agensi atau institusi yang berdaftar

Kursus ni wajib. Antara topik yang anda akan belajar ialah:

  • Pengenalan kepada pasaran hartanah
  • Asas industri hartanah
  • Piawaian Agensi Hartanah Malaysia
  • Praktis agensi hartanah
  • Kemahiran membuat rundingan
  • Asas guaman hartanah
  • Undang-undang berkaitan hartanah
  • Kemahiran IT dalam hartanah

Selepas selesai kursus perunding hartanah selama 2 hari, anda akan terima sijil. Kemudian salinan sijil ni akan diberi kepada agensi. Agensi kemudian akan daftarkan anda ke LPPEH.

2) Daftar Dengan Agensi

Setelah anda hadir ke kursus perunding hartanah tu, anda boleh lah daftar dengan agensi hartanah. Tapi boleh je nak daftar dengan agensi dulu. Kemudian baru pergi kursus.

Agensi hartanah ni ada banyak. Yang patut anda sertai ialah agensi yang dapat bagi value added kepada anda. Dari segi sokongan, gerak kerja, career development.

Dalam bahagian seterusnya saya beri sedikit tips macam mana nak pilih agensi yang baik.

Kesimpulan Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu lebih ramai lagi yang berminat nak menjadi perunding hartanah ataupun ejen hartanah.Info ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan buat anda.

Cara Menjadi Perunding Hartanah

#leenaproperty#jomjadiperundinghartanah

Leave a Reply